Tahun paling celaka yang aku boleh katakan.
Bertapa terseksanya rasa untuk menghabiskan sisa sisa 2017. Minda aku celaru. Jiwa
aku tertekan.
Sedari kecil, aku bukanlah seorang yang
kuat tahanan fizikal. Hampir setiap tahun, Tuhan duga aku dengan penyakit.Aku seorang
yang mudah demam dan demam aku bukan seperti orang lain. Luarnya badan aku panas,
tapi dalamnya aku kesejukan yang amat. Aku akan terlantar atas katil berselimutkan
dua ke tiga toto, memuntahkan segala makanan, memerlukan bantuan sekurang
kurangnya dua orang untuk ke tandas, membuka mata saja memerlukan tenaga yang
sangat banyak waktu itu.
Alhamdulillah aku berjaya lalui 2017
tanpa sekali pun demam. Tapi kali ini Tuhan duga aku dengan cara lain. Fizikal aku
sihat, tapi tidak bagi mental aku. Perkara yang dahulunya dianggap kecil, disimpan, ditahan, malangnya terluah semuanya pada
hari itu.
Hari itu. Hari semuanya bahagia bersama yang
tersayang. Malang buat kami, duka yang datang bertandang. Parut luka lama berdarah
kembali. Perit melalui hari hari selepas itu terasa lebih perit dari saat aku demam.
Di dalam duka, aku gagahkan diri mengukir senyuman, meneruskan perjuangan yang
berbaki. Sekembalinya aku, dugaan lain datang
tanpa diundang. Sungguh lemahnya aku ketika itu. Meraung aku sendiri di dalam gelap
meluahkan segala yang terpendam. Pernah hampir dijemput Illahi dek kerana fikiran yang melayang entah ke mana.
Aku buntu. Aku tidak tahu apa yang aku perlu
lakukan. Mungkin berdiam diri jalan yang terbaik. Maka, aku tanam pada diri
“Pergi mampus semuanya”. Aku cuba untuk bertahan. Aku terlalu banyak bermonolog sendiri,
menenangkan jiwa dan fikiran. Aku katakan pada diri ada yang lebih terseksa. Langsung
aku setia, menemani si terseksa sehingga detik ini.
Dugaan demi dugaan membuatkan aku ingin pergi
jauh. Jauh dari semuanya, hilangkan diri. Tapi aku masih ada perjuangan yang
perlu aku teruskan demi yang tersayang. Perjuangan yang penuh liku aku redah. Hampir
saja aku melayangkan bendera putih.Syukur, dalam dugaan yang Tuhan beri, Tuhan juga
berikan aku sahabat yang tiada galang ganti. Sahabat yang menangis bersama ketika
aku berduka, yang menguatkan aku ketika semangat aku hampir luntur. Sungguh, aku
terhutang budi.
Sangkaan aku gagal meneruskan perjuangan meleset
tatkala melihat keputusan. Alhamdulillah aku berjaya. Tidak berjaya seperti
yang lain lainnya. Tapi izinkanlah aku berbangga dengan diri aku kerana telah berjaya
menempuh saat saat penuh liku bersama sahabataku.
Masih ada sedikit lagi perjuangan yang
harus aku teruskan sebelum menyarung jubah. Aku mohon selitkan nama aku di
dalam doa kalian. Agar kami terus bertahan menghadapi dugaan
dugaan yang masih belum selesai. Masih jauh perjalanan buat kami untuk mencapai
kebahagiaan.
Buat pada yang merasakan ingin menyerah kalah. Bertahanlah.
Sesungguhnya Tuhan telah menentukan perjalanan hidup kita. Yang pergi itu akan Tuhan
gantikan dengan yang terbaik.
Kekadang
aku sembuh
Dari
sakit yang tumbuh
Kekadang
aku parah
Dari
sakit yang bercambah
Hingga
aku pasrah
Hanya
mampu menadah
@HilangJejakIni
Salam sayang, eva