
holla peeps! sila pastikan
diri anda berada dalam keadaan waras dan tenang ketika membaca entri aku
yang entah hape hape ni. kalau rasa tak tahan mohon tekan button 'x' di
sebelah kanan atas PC/laptop anda. terima kasih. k. sampai hati anda
kan buat aku cenggini? T.T oh. sampainya hatimuuuuu~~~ okay okay. aku
tahu korang tak jadi nak out sebab aku nyanyi sedap sangat kan? HAHA k
joke k. dah jom baca cerita aku.
Lost
World Of Tambun. dunia tambun yang hilang? okay. hari isnin, 10/12/1012 aku pergi lost world. seriously aku baru tahu pagi tu. memang
kelam kabut bagai lah masa besiap tu kan. sebab ingat kawan mak aku dah
tunggu dengan anak2 dia. sekali rupanya aku sampai dulu. kfine. all day
long aku lepak dengan anak kawan mak aku yang dah jadi kawan baik aku
sejak dulu that is farra . masa beli ticket macam macam kami gosip.
al-maklum lah berapa zaman tak jumpa. sampaikan mak mak kami tak nak
ngaku kami anak sebab kami sembang macam nak runtuh bangunan tu. lol.
sekejap sembang pasal javan, sekejapa lagi sembang pasal hafiz rahim
karang sembang pasal ah chong. yelah si farra ni pun boleh tahan hot lah
jugak. sembang punya sembang. tiket pun dah dibeli. masuk masuk pintu
gerbang tu terus terjun masuk dalam air. k cop. mestilah cari tempat
duduk lepastu tukar baju semua tu dulu kan. aku malas nak cerita satu
persatu lah.
satu
satu tempat kami pusing. lepastu masuk dalam kolam paling besar kat
lost world tu. alaa. yang acah acah pantai tulaa. tetiba mata aku
terpandang akan seseorang yang aku kenal, muka abang tu macam abang yang
pernah datang ke butik tempat aku kerja dengan parents dia. aku usha
jela. lama lepastu dia nampak aku. mata kami bertentang. ehem. k joke.
dia senyum,aku senyum. lepastu sambung main main dengan farra. tapi hati
aku rasa tak tenang. rasa seperti.. seperti.. ditenung oleh seseorang.
lalu jantung ku mula bermain irama saspen. k *muntak pelangi* lepastu
aku TERpandang abg tu. k abang tu senyum lagi.
me "abang tu dah kenapa? --"
lepastu aku nak naik atas nak
jalan jalan dengan farra. nampak abang tu dgn membe2 dia pun naik sama.
aku duduk kat tepi pantai fake tu. abang tu lalu depan lepastu senyum.
err. abang ni gila ke? dari tadi sesenyum --' lama aku termenungkan
langit yang membiru indah bak hujan nak turun baru aku teringat. itu
abang yang pernah datang beli dekat butik dengan parents dia. k.
patutlahh. lepastu aku dengan farra gi naik gelongsor yang straight .
(hanya yang pernah pergi yang akan tahu. k maaf. tak tahu apa nama
gelongsor. hehe) masa aku dengan farra berlepas. farra menjerit macam
orang gila. orang yang tengok dekat bawah gelak jer tengok kami.
terpaksa lah kami menahan malu yang menebal. k
jalan
jalan lagi , terserempak lagi dgn abg tu. jalan lagi, terserempak lagi.
aku hanya mampu senyum. lepastu aku dengan farra nak naik gelongsor
pusing pusing. tengok2 abang tu ada sekali baris dengan kteorg. k dia
sampai dulu. sekali masa tengah beratur tu time time tu jugaklah abang
tu betul betul ada kat depan aku dengan farra. aku tak tahu nak pandang
mana sebab dia ayik2 pandang aku. aku tampar karanggg. lepastu tetibe
aku dengan dia serentak tanya "mego?" *jari tunjuk2 konon konon mego ada
kat depan* k. betul rupanya sangkaan aku. lepastu dia dengan membe dia
naik dulu. aku dengan farra tetap bersabar menunggu giliran. sekali kami
dengar lelaki terjerit-jerit. tengok2 abang berdua tu yang menjerit.
me "poyo gila abang tu nak menjerit bagai"
farra "kannnn"
sekali masa dah sampai turn
kteorg nak naik. abang tu datang cakap. "naik gelongsor nombor 1. best!"
aku expect best yang dia cakap tu biasa biasa jelah kan. so, aku dengan
farra pun naik lah. sekali, hambik kau! menjerit lagi kuat dari abang
abang tadi tu. sampai kat bawah kaki kami menggeletar. al-maklumlah
teman berdua ni gayat orangnya. lepas pas pelampung kat orang lain. abg
dua orang tu datang tanya best tak. *gelak kejam* aku dengan farra rasa
bengkek gila time tu. then, kteorg gi lalu kolam terowong. tengok
abang abang tu pun ikut sama. abang ni dah apehal? memula ikut dari
jauh. makin lama makin dekat. k k . sekali dia main air dekat aku dengan
farra. kami ingat hujan. sebab time tu mmg tengah hujan. farra dah syak
something. pusing belakang abang tu buat muka acah acah tak tahu. aku
pun sama. sekali kantoi memang dia yang buat. pfft. sabar jelaahh. jalan
lama sikit then baru abang tu start conversation. (purpe,abang.
merah,aku)
"err. sekolah mana? ni baru habis sekolah ke?
"rps. yup"
"tinggal kat mana?"
"simpang pulai"
"simpang pulai dekat mana? ada bandar pulai jaya. chandan"
"chandan"
"owh. dulu abang pun duduk dekat situ jugak"
"owh. yeke"
"chandan dekat mana? depan padang"
"em"
"simpang pulai dekat mana? ada bandar pulai jaya. chandan"
"chandan"
"owh. dulu abang pun duduk dekat situ jugak"
"owh. yeke"
"chandan dekat mana? depan padang"
"em"
*farra berenang2 tak ingat aku*
"kenal cikgu noraini?"
"itu mak saya" *senyum*
"itu mak saya" *senyum*
lepastu abang tu cakap dengan membe dia "kan aku dah kata. patut aku rasa macam kenal muka dia ni. muka mak dia"
okay.
alhamdulillah. aku satu satunya anak yang ikut muka mak aku. yang lain
semua ikut abah aku. haritu pun masa aku tengah cari kerja dekat secret
recipe. tetiba abang dekat kaunter tu tegur "anak cikgu noraini eyh?"
oh. ye saya. saya anak Noor Aini binti Abdul Rahman . k . sambung
balik.
"abang dulu duduk sebelah rumah tu jela."
"sebelah rumah?"
"adik rumah nombor 60 kan? abang rumah nombor 62"
"laar. kita ni berjiran lah ye?"
"haha. a'ah. nanti kirim salam dekat mak cakap imran anak makcik rahimah dan pakcik bla bla bla kirim salam" (maaf tak ingat apa nama pakcik)
nampak
betapa teruknya aku? aku kalau bab nak melayan orang tak kenal ni
memang cenggitu. berpatah patah kau tanya, sepatah lah aku jawab.
sepatah kau tanya? lu pikir lah sendiri betapa patah lu nak wa jawab. k
bila balik aku cerita dekat mak aku. beria mak aku cerita pasal abang tu
dengan family dia. mak cakap. "seronok berjiran dengan family abang tu
dulu. dulu masa imran tu darjah 5/6 dia pernah terbakar muka dia bal
bla bla. kalau mak tahu mak nak jumpa dia" k malas nak cerita panjang2.
malangnya mak terlambat nak jumpa abang tu. abang tu dah balik dulu.
nampak
tak betapa keciknya dunia ni? memula jumpa dekat butik. aku punya layan
mak abang tu cuba tudung sampai semua tudung ada kat situ semua aku
bawak keluar. lepastu layan pulak ayah abang tu yang nak mencari batik
biru bagai. lepastu TERjumpa abang tu lagi sekali dekat lost world.
rupa-rupanya family abang tu dulu pernah duduk dekat sebelah rumah aku.
Allah Maha Esa .
lepastu
aku dengan farra sambung balik mandi dekat kolam acah acah pantai fake
tu. pergi tempat dalam. depan,belakang,kiri,kanan semua pun berpeluk
peluk. aku dengan farah nak berenang pun tak senang. sekali depan mata
yang pakai tudung pun peluk sama. eleehh. apa depa ingat depan je boleh
sweet? aku dengan farra pun boleh jugak. siap berenang sambil pegang
hujung towel lagi. takut terpisah lah katekan. lol. selepas berhempas
pulas melawan segala bisikan syaitan tu akhirnya tiba lah masa untuk
pulang. sempat lagi aku dengan farra snap gambar bagai. yang si javan tu
bising memanjang.. aku hempok sekali, tak pasal pasal segala fans dia
dari KL mai datang serang aku. pfft. lastly, here i am with one of my
leg hurts. k. seriously, rasa macam have fun gila harini. main sampai
tak ingat dunia. so,aku dedicate kan entri blog aku ni khas buat si emil
desperado yang hot dan abang imran yang tak ku ketahui berada di mana.
lol. k. until here than
holding onto someone who isn't adding positive value to your life is not loyalty. it is stupidity
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
sincerely,
the future successful malaysian architest , insyaAllah
@liamhoughton is my idol
https://twitter.com/EvaHashim






No comments:
Post a Comment
leave your comments