Assalamualaikum.
Posting terakhir aku pada tahun 2018. Sekarang sudah menjejak tahun 2020. WAWASAN 2020! Mana kereta terbang? Hmm.
Dua tahun berlalu, banyak benda berlaku. Hidup aku macam roller coaster. Sekejap di atas, sekejap di bawah, sekejap berpusing pusing. Dua tahun aku menghilang bukan sebab lupa, tapi sebab umur dah menginjak tua. Terlalu sibuk kejar dunia, demi masa depan yang entah kan cerah entah kan gelap.
Sedar tak sedar dah dua tahun aku habis belajar. Dah dua tahun aku tamatkan gelaran sebagai student. Ingat lagi macam mana aku pulun masa semester akhir aku. Pulun praktikal dia UPSI tanpa sebarang elaun sambil memerah otak untuk siapkan FYP. Bersyukur requirement FYP perlu berpasangan. Maka berulang alik lah aku dan yaya dari Tanjung Malim ke Ipoh ke Taiping ke Merbok dan patah balik ke Tanjung Malim sepanjang 4 bulan praktikal. Banyak masa, duit, kertas dihabiskan. Terpaksa lah aku minta tolong mak abah support. Syukur kami lulus.
Habis belajar, mak aku merancang nak bawak kami adik beradik pergi umrah. Pulun lah aku cari kerja untuk kumpul duit. Alhamdulillah rezeki aku dpt kerja kedai ECOSHOP dekat dengan rumah. Dapatlah aku berjimat. Dan alhamdulillah bulan 3 aku dan keluarga selamat pergi dan pulang dari menunaikan umrah. Malangnya, tarikh graduasi aku jatuh pada hari aku menunaikan umrah. Tak dapatlah aku nak naik pentas, sarung jubah konvo dengan kawan kawan. Sedih. Sebab masa konvo diploma mak abah aku tak dapat datang. Konvo degree pulak mmg takdak pun dkt Malaysia, memang mak abah aku tak dapat lah nak tengok aku naik pentas dengan berjubah. Lagi tambah sedih, aku tak dapat nak naik pentas dengan kawan susah senang aku masa degree, Nurhidayah binti Roslee. Tapi takpa, dapat tunaikan umrah tu dah kira hadiah terbaik dah buat aku. Syukur.
25/10/2019 tarikh sahabat aku bertukar tangan daripada ayah nya kepada suaminya. Beberapa bulan selepas habis belajar Yaa bagitahu yang encik suaminya yang pada ketika tu masih berstatus boyfriend masuk meminang. Bermula lah sesi countdown. Letting go your very bestfriend was hard but as long as she's happy, I'm happy too. Seminggu sebelum tarikh nikah yaa keluarkan statement "nanti jumpa hang betul time nak nikah". Dan disebabkan statment tu, aku terus beli tiket bas pergi taiping tanpa pengetahuan yaa. Atas bantuan kakak ipar dan mak yaa, suprise berjaya! Tapi aku sampai Taiping masa tu dah tengah malam. Mamai mamai kawan aku sorang tu tengok aku pagi pagi. Seminggu selepas tu, yaa selamat diijabkabulkan. Bertungkus lumus lah aku merewang bersama keluarga yaa. Sambil rewang sambil jadi pengapit. Penat tapi seronok.
Dua bulan lepas balik dari menunaikan umrah, alhamdulillah aku dapat offer kerja di Systematic Aviation Services di Subang. Permulaannya bahagia. Suasana kerja seronok, orang sekeliling yang baik. Syukur juga selepas tamat setahun contract aku dapat offer sambung permanent position di SAS. Baru setahun lebih aku disini banyak juga turun naik. Normal lah mana ada tempat kerja yang sempurna. Pasti ada lopong lopong kekurangan. Tapi aku tetap bersyukur. Di SAS lah aku kenal ramai manusia yang baik hati. Mejar Zul, Kak Gina, Abang Wan dan ramai lagi. Masing masing tak kedekut untuk berkongsi ilmu, rezeki. Boleh kata hampir setiap hari makan pagi aku disupport. Mulanya segan juga aku, tapi lama kelamaan dah rasa macam keluarga. Dan yang paling aku bersyukur dapat berkenalan dengan kawan kawan sebaya menerusi program sl1m. Aku kenal dengan Zalikha, Aimi, Saufi, Azrul dan Ain. Persahabatan yang aku simpan erat dalam hati. Siapalah aku tanpa mereka di SAS.
Setelah hampir setahun aku bekerja di SAS. Seluruh pelusuk bumi dikejutkan dengan kehadiran Virus Covid-19 yang membawa maut. Arahan Movement Control Order (MCO) dikeluarkan oleh Kerajaan demi untuk mengelakkan penularan virus. Berbulan lah satu Malaysia terkurung dirumah dan hanya diberikan pengecualian buat yang perlu membeli barang dapur dan perkara penting sahaja. Malah yang dibenarkan keluar hanyalah para ketua keluarga. Berbulan terperuk dirumah bukanlah sesuatu yang mudah lagi buat yang dah berkeluarga. Dengan tuntutan bekerja, nak jaga makan pakai anak. Ada juga yang dibuang kerja. Sungguh besar dugaan Allah kali ni buat semua hamba-Nya. Tapi alhamdulillah atas kerjasama semua orang, penularan virus berjaya menunjuk penurunan. Buat pertama kali dalam seumur hidup aku dan kakak aku tak pulang beraya. Kami beraya dengan teman serumah. Malam raya kami yang biasanya menolong mak di dapur, kali ni masih di dapur tapi dengan bantuan resepi daripada google. Sesi maaf maafan dengan mak abah hanya melalui video call. Akan aku ingatkan raya tahun ni sampai ke tua. Lain daripada yang lain.
Sebenarnya banyak lagi yang terjadi dalam hidup aku sepanjang dua tahun tanpa update. Tapi kalau nak diceritakan semua mahu panjang berjela. Jadi apa yang aku ceritakan hanyalah sekadar perkongsian seandainya aku teringin untuk mengimbau kembali kenangan lama saat tua nanti. Aku doakan agar setiap yang membaca posting aku ni berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Titipkan juga nama aku dalam doa kalian. Moga Allah terus merahmati kita semua. Sampai berjumpa lagi.





No comments:
Post a Comment
leave your comments